中四历史 第一课 Sejarah Tingkatan 4 Bab 1(马来文 + 中文 笔记)

Sejarah Tingkatan 4 Bab 1


Warisan Negara Bangsa

1.1 Ciri-ciri Negara Bangsa Kerajaan Alam Melayu

Raja 国王

Raja

Raja menjadi tonggak utama kerajaan. Kedudukan raja diperkukuh dengan sistem pentadbiran yang dibantu oleh pembesar. Raja memperoleh ketaatan daripada rakyatnya.
国王是一个国家的主要的领导人。由大臣们帮忙执行的政务系统巩固了国王的地位。除此之外,人民也必须服从于国王。

Rakyat 人民

Penduduk di sesebuah wilayah yang setia kepada raja dan tidak menderhaka.
人民是那些居住在一个国家的领土的人群。人民必须对国王忠诚,不能背叛国家/国王。

Undang-undang 法律

Undang-undang

Dilaksanakan untuk memastikan kesejahteraan sesebuah kerajaan. Undang-undang juga menjadi panduan dalam pentadbiran kerajaan.
国家必须执行法律以确保国家的安宁,法律也可以帮助执行国家的政务。

Wilayah Pengaruh 土地

Kawasan yang rakyatnya menerima dan menperakui pemerintah raja.
领土是一个人民接受和承认国王管理的区域。

1.2 Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka

Kerajaan 政府

Kerajaan muncul disebabkan adanya raja. Raja merupakan pemerintah tertinggi dan dibantu oleh pembesar. Pemerintahan beraja diperkukuh oleh Sistem Pembesar Empat Lipatan.
政府的出现是根据以前的国王。国王拥有最高的管理权利,同时由大臣辅佐。

Rakyat 人民

Rakyat menumpahkan taat setia kepada Sultan Melaka dan mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan dalam Kesultanan Melayu Melaka.
人民必须忠诚于马六甲苏丹,并且同时也要遵守国家的法律。

Kedaulatan 自主权

Lambang kekuasaan tertinggi seseorang sultan dan merupakan hak mutlak sultan untuk mengawal rakyat dan wilayah.
自主权是一名苏丹至高无上的象征,同时也是苏丹控制人民和领土的权利。

Wilayah Pengaruh 领土

Kawasan pemerintah raja diterima dan diakui oleh rakyatnya. Wilayah Pengaruh boleh diperolehi melalui penaklukan, naungan dan perkahwinan.
领土是一个拥有接受和承认国王的管理的人民的地方。

Undang-undang 法律

  • Hukum Kanun Melaka
  • Undang-undang Laut Melaka
Mengukuh kerajaan dan melindungi rakyat serta menjadi menjadikan Kesultanan Melayu Melaka sebagai sesebuah negara yang unggul.
法律可以用于巩固政府,保护人民和让国家更加的进步。

Lambang Kebesaran 象征物

  • Cap Mohor 印章
  • Nobat 
  • Regalia 王权
Identiti sesebuah kerajaan dan keistimewaan Sultan Melaka. Ia juga menjadi simbol kedaulatan Sultan. 
政府和马六甲苏丹的象征物。它也是苏丹主权的象征。

1.3 Keunggulan Sistem Pentadbiran Dan Undang-Undang

Sistem Pentadbiran

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai suatu Sistem pentadbiran yang lengkap iaitu Pembesar Empat Lipatan. 

Pembesar Empat Lipatan


Sultan 苏丹

Menpunyai kuasa dalam aspek pemerintahan, peperangan, hubungan diplomatik, dan agama. 
在政府、战争、外交关系和宗教方面拥有权力。

Bendahara 丞相

Menjalankan tugas sebagai ketua pentadbiran dan ketua turus angkatan tentera. Beliau juga akan menasihat sultan dalam pelbagai hal.
履行行政首长和武装部队参谋长的职责,同时也会提出一些建议给苏丹。

Temenggung 陆军

Menjaga keselamatan kota Melaka.
保护马六甲

Laksamana 海军

Sebagai panglima  angkatan laut Melaka.
作为马六甲海军的指挥官

Undang-Undang

Hukum Kanun Melaka

Jenayah 犯罪
Pelbagai hukuman setimpal dikenakan terhadap jenayah membunuh, menikam atau mencuri. dalam Fasal 5.1, seseorang yang membunuh orang lain tanpa memberitahu raja atau pembesar, orang tersebut akan dihukum mati. Dalam Fasal 4 pula, orang yang ingkar arahan atau memalsukan titah sultan juga dihukum bunuh.
各种类型的犯罪行为都有其对应的处罚。在第五条法令第一项,在国王或是大臣不知情的情况下去谋杀一个人,会被判处死刑。在第四条法令,违抗国王或者是伪造国王的旨意,也会被判处死刑。

Peranan Sultan Dan Pembesar 苏丹和大臣的角色
Semua pembesar Melaka berperanan dalam pentadbiran dan perlu arif dalam melaksanakan undang-undang. Sultan bertanggungjawab melantik pembesar contohnya temenggung dan laksamana.
所有的大臣都有义务执行政务同时必须善于执行关于法律的事项。苏丹的责任是委任大臣,例如temenggung和laksamana。

Kekeluargaan 家庭
Bertujuan mewujudkan keharmonian dalam keluarga dan menyelasaikan masalah yang dihadapi oleh keluarga atau dalam perkahwinan. Dalam Fasal 26, pernikahan memerlukan 4 orang saksi dan hamba abdi dan wanita tidak boleh menjadi orang saksi.
该法律的目的是确保家庭的和谐以及解决结婚的问题。在第二十六条法令,结婚的时候需要四位见证人。

Ekonomi 经济
Undang-Undang ini mempunyai peraturan yang jelas tentang urus niaga untuk mengawal perdagangan agar tidak berlaku kesalahan tentang ajaran Islam. 
该法律讲述了关于生意的管理以便控制马六甲的生意从而避免任何违反了Islam教导的错误。

Undang-Undang Laut Melaka

Peranan Nakhoda 船长的责任
Berkuasa penuh dan dibaratkan sebagai raja semasa pelayaran. Semua pihak perlu mematuhi arahan nakhoda. Jika nakhoda ingin bersinggah di tempat yang tiada dalam senarai, nakhoda perlu bermesyuarat dengan semua orang di dalam kapal untuk mendapat persetujuan.
船长拥有最高的权利在他们航海的时候,并且所有的船员必须听从船长的命令。如果船长要在一个没有预先计划靠岸的地方靠岸,必须召开一个会议以便获得船员的同意。

Pelayaran 航海
Menjelaskan peranan pelbagai pengawai selain daripada nakhoda, iaitu malim, jurumudi, dan jurubatu. Dalam Fasal 9, Malim perlu arif tentang keadaan ombak,  arus dan kedudukan bulan dan bindang. Malim akan dijatuhkan hukuman mati jika lalai menjalankan tugas sehingga menyebabkan pelanggaran atau kerosakkan.
Malim需要有专业的航海知识,例如海浪,海流以及了解月亮和星星的位置以便航海的途中是安全的。如果Malim在岗期间造成了船的损害或者是和别的船相撞,会被判处死刑。

Jenayah 犯罪
Menjelaskan hukuman terhadap jenayah yang berlaku meliputi perbuatan mencuri, membunuh dan memberotak. Dalam Fasal 5, seseorang yang membuat jahat atau membunuh di atas kapal, akan dijatuh hukuman mati.
该法律说明了对于罪案的惩罚,包括偷东西,谋杀等等。在第五条法令,在船上进行违法行为的人,或者是谋杀的人会被判处死刑。

Percukaian 税务
Percukaian yang adil dan sistematik dinyata dalam undang-undang ini. Dalam Fasal 6.3, nakhoda menentukan jumlah cukai yang dikenekan terhadap penumpang sekiranya penumpang ingin menurun sebelum sampai janjinya.  
在第六条法令第三项,船长可以决定要收多少税如果一名客人撤回了他的订单。

1.4 Peranan Pemerintah Dan Rakyat


Golongan Pemerintah

Golongan pemerintah terdiri daripada Sultan, Pembesar Kerabat Raja dan Ulama.

Peranan Sultan 苏丹的角色

  • Menaungi dan menjaga keselamatan rakyat di negeri baginda. 保护自州人民
  • Mewujud perpaduan rakyat. 使人民团结
  • Bertanggungjawab tentang kemakmuran dan kestabilan kerajaan. 有责任于政府的稳定
  • Memperkenakan undang-undang untuk mengawalkan rakyat. 推行法律以便控制人民的行为。

Peranan Pembesar 大臣的角色

  • Memelihara keamanan dan kebajikan rakyat di kawasan pegangan. 照顾地方安宁和人民的福利
  • Menjadi perantara sultan dan rakyat. 成为苏丹和人民的中间人
  • Mengutip hasil daripada sistem serah dan membekalkan tenega tentera.  从sistem serah获取收益,以及提供军事力量

Golongan Rakyat 

Golongan rakyat terdiri daripada perniaga(商人), petani(农夫), dan nelayan(渔夫). 

Peranan Rakyat 人民的角色

  • Menunjukkan taat setia kepada pemerintah. 对领导人的忠心
  • Mematuhi arahan. 遵守规则
  • Tidak menderhaka. 不背叛
  • Menjadi tentera. 成为军人
  • Menghadiri majlis umum seperti gotong-royong. 参加大众活动,例如大扫除
  • Menyumbang tenaga kerja kepada sistem kerah seperti membina istana. 贡献自己的劳力,例如修建王宫

BAB 1 TAMAT 第一课完结

发表评论